Aku, Ex dan Move On.


Assalammualaikum,

Korang nak tahu tak?
Aku pernah baca satu novel ni,
Cara untuk move on,
adalah,
Berbaik dengan ex awak tu.

I was like....
Dehek is that?

Well,
Kepada penulis novel tersebut,
Tahniah :)
Anda sememangnya benar.
Juga terima kasih kerana menolong saya,
untuk terus move on.

Aku kembali contact dengan ex aku,
Aku rasa biasa je.
Macam mana aku rasa aku contact dengan Farah,
Contact dengan Shira.
As friend :)

Mana mungkin kita dapat lupakan orang tu,
kalau kita benci dia.

Kan orang tua tua cakap,
Benci tu boleh berubah jadi sayang.
So,
Stop benci ex korang,
Berbaik dengan dorang.

Ehemmm!
Berbaik tak bermaksud nak sambung balik okay?
Aku dan ex aku,
We have learn our lesson :)

Sebenarnya,
kalau nak move on,
Kita perlukan bantuan ex kita jugak.
Sama ada sedar atau tak je sebenarnya.

Sekian,
Assalammualaikum.

Hurt and heart.


Assalammualaikum,

People are too busy with thier life,
Too busy with thier future,
With their dreams,
Their hopes,
Feelings.


But
It might hurt somebody's heart.

The busy me


 Assalammualaikum,

Sejak masuk semester 3 ni, kesibukan kian menjadi-jadi. Harapnya, mental dan fizikal aku semakin kuat. Post kali ini, aku ingin bercakap tentang pointer dan soft-skills. Mana lebih penting? Pointer atau soft-skills? 

Dari pandangan mata kasarku, ramai manusia fikirkan bahawa pointer boleh menjamin a bright future. Easy to get into local university, easy to get scholarship, easy to get work, easy to get friends, easy to be popular, easy to adapt with surroundings. Sebab bagi mereka kepandaian seseorang boleh diukur dengan melihat pointer. Tinggi pointer maka geniuslah manusia itu.

Pointer boleh menjamin a bright future? Indeed. Yes. I admit it. Tapi dia mesti datang in one package.

Pointer + Soft skills = Success

Tak dinafikan dulu pun aku berfikiran begitu :) Aku strugle bagai nak gila sebab nak dapatkan masa depan yang elok. Tapi dekat matriks aku mula sedar yang pointer is not everything,guys. It isn't. 

Pointer is important. Tapi soft skill itu adalah backup yang paling besar dan kalau korang ada soft skills yang diperlukan, itu cukup hebat. Malah soft skills mampu mengaburi pointer. Tak percaya? Bila korang dah grad nanti, korang boleh lah rasa apa yang aku maksudkan.

Eh kejap!
Aku pun belum grad lagi kan? Macam mana aku tahu? Sebab masa aku interview untuk scholarship aku, dia tak tanya banyak pun pasal pointer or course aku. Soalannya lebih kepada critical thinking and leadership. Inilah fasa kesedaran hidup aku dan mengubah mindset aku buat selamanya.

Semester 1 dan Semester 2 aku dah berlalu. Pointer aku tak lah hebat sangat dan tak bagus sangat. Tapi masih atas 3.00. Alhamdulillah. Tapi aku asahkan lagi leadership aku dengan menyertai JKM. Cuma aku perlu tahu bagaimana untuk mengaturkan langkah dengan lebih padu dan lagu.

Tak mengapalah jika aku kesuntukan masa sedangkan mereka yang lain mempunyai masa. Sekurang kurangnya aku punya pengalaman yang mereka tak pernah ada. Dan betul kata Dr Razali, 

Stress itu best. Enjoy being stress. Stress itu benda yang baik.

Otak sentiasa berfikir. Badan sentiasa bergerak. Mulut cuba untuk tidak merungut. Mata tidak sentiasa tertutup dah. Hati cuba untuk ikhlas. Telinga sentiasa mendengar. Kaki sentiasa melangkah.

So, since aku JKM, aku terpilih untuk menjadi krew MMM ( Minggu Mesra Mahasiswa) sesi 2014/2015. Before jadi krew, kena pergi kem dekat BTN,Meru Klang, Selangor. Quite best actually.

We are getting closer than before.

My favourite people

My laughing gas

Group 4. Here, we combined with UTM KL. So, i met people in UTM KL finally.

Antara barisan krew Kolej Tun Fatimah, UTM JB
Kemudian, bermulalah MMM. Aku ditugaskan dibahagian unit teknikal. So aku kurang bercakap dengan budak budak. Aku menjemahkan mereka dari belakang tabir sajalah. 



With Emul. Seriously, semakin rapat dengan mereka
at the stadium

Superb funny and cool seniors.
The very last day

 Begitulah MMM. Kemudian minggu depannya,aku sertai kem Permantapan JKM. Dekat sana teramatlah seronok sebab memang boleh release stress. For the first time, aku cuba flying fox and repel. Well, satu dunia tahu aku gayat. So congrate to me. Haha



  Oh Eka ada ajak aku pergi kota iskandar :) Teman kakak dia outdoor. Seronok. Cantik gila!




 Then, pergi ke rumah Eka di Kluang. Mak dia panggil datang. Maka, kami pun menjengah lah disana. Sampai dekat rumah Eka, aku mula sedar yang aku rindukan family aku. Haih. Homesick.

 Dalam minggu ni jugak,ada beach cleaning di Desaru dan Malam bersama Icon. Malam bersama icon aku diberikan kepercayaan untuk menjadi moderator. Aku hantam je laa apa benda yang aku tahu. Tunggang langgang jadinya majlis itu. Haha

Add caption


      Ni lah iconnya. Pengasas tudung ruffle, Cik Hanis Binti Arif. Tudung yang aku pakai tu, tudung ruffle yang beliau jual. Tapi aku pakai tudung yang beliau sponsor ^^ Mekaseh kak Hanis :D Btw, beliau ni merupakan seorang engineer dan graduan UTM JB. I was like wow! Seorang engineer yang sangat sangat cantik. WOW! WOOW! WOOWW!

Sekian,
Assalammualaikum .
   









Saja saja

Luaran.

Antara manja dengan garang,
Dipilih manja.

Antara comel dengan buruk,
Dipilh comel.

Antara cantik dengan hodoh,
Dipilih cantik.

Antara sempurna dengan cacat,
Dipilh sempurna.

Antara putih dengan hitam,
Dipilih putih.

Antara baru dengan lama,
Dipilih baru.

Antara pandai dengan bodoh,
Dipilih pandai.

Antara tinggi dengan rendah,
Dipilih tinggi.

Antara cerah dengan gelap,
Dipilh cerah.

Antara baik dengan jahat,
Dipilih baik.

Bagaimana pula kalau yang bagus itu sebenarnya yang tak dipilih?

Bila tak ada, baru menyesal.
Menyesal sekejap.
Kemudian,
Kembali melupakan.

Manusia memang begitu.