Buta

Assalammualaikum,

Kalau aku buta mata,
Apa jadi?

Dunia gelap.

Kalau aku buta akal,
Apa jadi?

Fikiran tak waras.

Kalau aku buta langkah,
Apa jadi?

Salah jalan.

Kalau aku buta cinta,
Apa jadi?

Patah hati.

Kalau aku buta hati,
Apa jadi?

Entah. Sakit kalau nak menjawab tu.

Ada orang tanya,
Betul harapan itu racun?

:)
YES. 
Sebab kesan harapan itu adalah takut. 

Sekian,
Assalammualaikum.

Maha Mendengar. Maha Memberi. Maha Penyayang.


Assalammualaikum,

Minggu sangat sangat sangat sibuk. Dengan Program Anak Angkat, Fesko yang berbaki hanya seminggu lagi, Sua Sahabat lagi/

Tak lupa juga kepada segala peneman setia untuk mahasiswa dan mahasiswi iaitu assignments dan juga test. Bagai isi dan kuku. Takkan terpisah.

Busynya aku,
Sibuknya aku.
Stressnya aku.

Berhenti sebentar. Tutup mata.

Kenapa aku busy sangat ni?
Kenapa aku stress sangat ni?
Kenapa aku leka sangat ni?

Sebab aku pernah berdoa,
Semoga hati aku dicekalkan,
Semoga hati aku menjadi kuat,
Semoga hati aku ditabahkan.

Selain itu,
aku berdoa agar
Lindungi aku dari musuh musuh ku,
Kuatkan imanku,

Terfikir aku seketika.
Allah takkan cekalkan hati hambanya begitu sahaja.
Diturunkan dugaan agar hambanya berubah.
Agar hambanya sendiri yang tahu betapa susah untuk cekalkan hati.

Allah Maha mendengar :)
Dia tahu tahap kekuatan kita dimana.
Kalau tak, Dia takkan beri tekanan yang kuat ini kepada aku.
Dia yang mencipta kita. Dia tahu segalanya :)

Allah tu penyayang.
Time aku stress melampau,
Aku sujud padaNya. Mengharapkan agar Dia dapat menenangkan jiwa aku yang resah.

Sujud aku lama.
Sejadahku basah.
Mata ku bengkak.
Hati ku? Tenang :)

Sebab aku dah puas mengadu dekat dia macam macam.
Lepas bersujud, hati tenang seolah telah dipujuk olehNya.

Ya Allah, terima kasih kerana segala dugaan yang merapatkan lagi aku kepadaMu.

Sekian,
Assalammualaikum.


We arent caught out in your love affairs. ❤️ 

Ummi, kalau adah nak stop belajar boleh? Adah nak belajar apa yang adah minat.
  
I really wish her answer is Sure, darling.

Adakah?


Assalammualaikum.

Dari kecil aku di didik,
untuk lihat salah diri,
Baru lihat salah orang.
Tapi manusia melihat salah orang,
Baru salah diri.

Adakah family aku bukan manusia?

Dari kecil aku di didik,
untuk lihat kesusahan orang,
Baru lihat kesusahan diri.
Tapi manusia melihat susah diri,
baru susah orang lain.

Adakah famili aku bukan manusia?

Dari kecil aku di didik,
untuk menghargai orang,
Baru hargai diri.
Tapi manusia hargai diri,
Baru hargai orang.

Adakah famili aku bukan manusia?

Dari kecil aku di didik,
untuk memahami orang.
Baru faham diri.
Tapi manusia fahami diri ,
Baru memahami orang lain.

Adakah famili aku bukan manusia.

p/s : bila mengadu problem dekat ummi, ummi sentiasa melihat kekurangan anak anaknya. Sebab dia kenal anak dia. Dia tak kenal pihak satu lagi, Tak patut kalau umi marah pihak sana sebab ummi tak kenal pihak sana. Ummi tahu kelemahan dan kekuatan anak anak ummi. Well, proud to say yang aku ada seorang mak yang tidak mudah menyalahkan orang lain. Dan itulah yang mendidik dan membentuk pemikiran ku :) kalau ini dikatakan bukan manusia, biarlah. Aku tak ambil kesah.

Assalammualaikum.

Inspirasi

Assalammualaikum,

Dulu aku ada satu mind set.

Kalau nak menjadi sumber inspirasi orang,
Kena belajar tinggi-tinggi.
Kena sampai PhD.
Kena ada title Dr.
Kena ada thesis sendiri.

Mind set macam tu memang betul pun.

Tapi sekarang,
Naik semester 3 ni,
Mata aku,
Minda aku mula nampak kebenarannya.

Aku ada seorang lecturer yang mengajar aku sekarang.
Tak ada title Dr pun.
Tapi dia boleh jadi pensyarah.
Malah,
Dia buat aku kagum dengan dia.

Bermula dari situ laah aku lihat kebenarannya.
Nak jadi inspirasi manusia,
Hanya perlukan ilmu yang nyata dan jelas.
Ilmu yang semua orang tak ambil kesah.
Ilmu yang semua orang pandang ringan.
ilmu yang tak semua orang ada.
Niat kena betul.

Aku kena fikirkan balik.
Apa yang aku nak sebenanrnya dalam hidup ni?
Nak title Dr ke?
Nak ada thesis sendiri?
Nak apa?

Dan mungkin sebab aku ni manusia,
Turun dari kepal terbang, terus fikirkan program.

Hingga aku terlupa akan tanggungjawab aku sebagai seorang anak.
Mungkin ibu yang melahirkan aku terasa dengan sikap anaknya.

Maafkan Adah, Ummi.

Sekian,
Assalammualaikum.

Aku, Ex dan Move On.


Assalammualaikum,

Korang nak tahu tak?
Aku pernah baca satu novel ni,
Cara untuk move on,
adalah,
Berbaik dengan ex awak tu.

I was like....
Dehek is that?

Well,
Kepada penulis novel tersebut,
Tahniah :)
Anda sememangnya benar.
Juga terima kasih kerana menolong saya,
untuk terus move on.

Aku kembali contact dengan ex aku,
Aku rasa biasa je.
Macam mana aku rasa aku contact dengan Farah,
Contact dengan Shira.
As friend :)

Mana mungkin kita dapat lupakan orang tu,
kalau kita benci dia.

Kan orang tua tua cakap,
Benci tu boleh berubah jadi sayang.
So,
Stop benci ex korang,
Berbaik dengan dorang.

Ehemmm!
Berbaik tak bermaksud nak sambung balik okay?
Aku dan ex aku,
We have learn our lesson :)

Sebenarnya,
kalau nak move on,
Kita perlukan bantuan ex kita jugak.
Sama ada sedar atau tak je sebenarnya.

Sekian,
Assalammualaikum.

Hurt and heart.


Assalammualaikum,

People are too busy with thier life,
Too busy with thier future,
With their dreams,
Their hopes,
Feelings.


But
It might hurt somebody's heart.