Maha Mendengar. Maha Memberi. Maha Penyayang.


Assalammualaikum,

Minggu sangat sangat sangat sibuk. Dengan Program Anak Angkat, Fesko yang berbaki hanya seminggu lagi, Sua Sahabat lagi/

Tak lupa juga kepada segala peneman setia untuk mahasiswa dan mahasiswi iaitu assignments dan juga test. Bagai isi dan kuku. Takkan terpisah.

Busynya aku,
Sibuknya aku.
Stressnya aku.

Berhenti sebentar. Tutup mata.

Kenapa aku busy sangat ni?
Kenapa aku stress sangat ni?
Kenapa aku leka sangat ni?

Sebab aku pernah berdoa,
Semoga hati aku dicekalkan,
Semoga hati aku menjadi kuat,
Semoga hati aku ditabahkan.

Selain itu,
aku berdoa agar
Lindungi aku dari musuh musuh ku,
Kuatkan imanku,

Terfikir aku seketika.
Allah takkan cekalkan hati hambanya begitu sahaja.
Diturunkan dugaan agar hambanya berubah.
Agar hambanya sendiri yang tahu betapa susah untuk cekalkan hati.

Allah Maha mendengar :)
Dia tahu tahap kekuatan kita dimana.
Kalau tak, Dia takkan beri tekanan yang kuat ini kepada aku.
Dia yang mencipta kita. Dia tahu segalanya :)

Allah tu penyayang.
Time aku stress melampau,
Aku sujud padaNya. Mengharapkan agar Dia dapat menenangkan jiwa aku yang resah.

Sujud aku lama.
Sejadahku basah.
Mata ku bengkak.
Hati ku? Tenang :)

Sebab aku dah puas mengadu dekat dia macam macam.
Lepas bersujud, hati tenang seolah telah dipujuk olehNya.

Ya Allah, terima kasih kerana segala dugaan yang merapatkan lagi aku kepadaMu.

Sekian,
Assalammualaikum.